Lagu-lagu saya

5/21/2011

Tsunami


                   Tsunami 
 
           Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai cirri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa. 
        Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran / keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya. 
         Dengan kejadian tsunami yang terbaru di Selatan Asia, pusat permulaan tsunami hanya terdapat dipantai Indinesia, dan tetapi tsunami yang menuju ke Timur Afrika mempunyai kekuatan yang sama - iaitu selepas 14 jam Asia Tenggara dilanda. Jarak ombak (jarak diantara puak ombak) tsunami boleh mencapi lebih 100 kilometer dan lebih. Ini bermaksud apabila tsunami yang awal memukul pantai, ombak yang kedua mungkin tidak berlaku sehingga ke sejam kemudiannya. Inilah satu bahagian kewujudan bahaya-bahaya tsunami. 
          Dengan kejadian terbaru tsunami di Selatan Asia, ramai individu-individu terbunuh dengan ombak yang awal. Walaubagaimanapun, lebih ramai kematian telah berlaku apabila ombak tsunami kedua melanda tempat yang sama dimana ramai orang, kira-kira sejam selepas ombak pertama, berkejar balik ke pantai untuk menolong mereka yang masih hidup.
           Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air bertimbun untuk menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan kesan mereka boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang begitu kuat. 
         Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, dan bahkan memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami-tsunami ialah 'tidal wave' Ini telah digunakan kerena kekencangan tsunami-tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat. 



  

No comments:

Post a Comment