Lagu-lagu saya

5/21/2011

Kereta api Tanah Melayu


      Keretapi Tanah Melayu merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi antarabandar (intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.





Alam Semulajadi

          Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".
         Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanyan, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem " telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuknya manusia. Berdasar ini, masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. 
           Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar enxiromentalisme,  yakni pergerakan politik, sosial dan faisafah  yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah  gersangsemakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang  rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar  dan bunga liar ) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia

    
Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan.

Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

Klik pada pautan-pautan berikut untuk mengetahui tentang langkah-langkah penjagaan alam sekitar.




Tsunami


                   Tsunami 
 
           Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai cirri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa. 
        Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran / keluasan lautan yang lainnya. Walau bagaimanapun, tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak disepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya. 
         Dengan kejadian tsunami yang terbaru di Selatan Asia, pusat permulaan tsunami hanya terdapat dipantai Indinesia, dan tetapi tsunami yang menuju ke Timur Afrika mempunyai kekuatan yang sama - iaitu selepas 14 jam Asia Tenggara dilanda. Jarak ombak (jarak diantara puak ombak) tsunami boleh mencapi lebih 100 kilometer dan lebih. Ini bermaksud apabila tsunami yang awal memukul pantai, ombak yang kedua mungkin tidak berlaku sehingga ke sejam kemudiannya. Inilah satu bahagian kewujudan bahaya-bahaya tsunami. 
          Dengan kejadian terbaru tsunami di Selatan Asia, ramai individu-individu terbunuh dengan ombak yang awal. Walaubagaimanapun, lebih ramai kematian telah berlaku apabila ombak tsunami kedua melanda tempat yang sama dimana ramai orang, kira-kira sejam selepas ombak pertama, berkejar balik ke pantai untuk menolong mereka yang masih hidup.
           Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air bertimbun untuk menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan kesan mereka boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang begitu kuat. 
         Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, dan bahkan memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami-tsunami ialah 'tidal wave' Ini telah digunakan kerena kekencangan tsunami-tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat. 



  

Pulau Pangkor

                     Pengenalan Pulau Pangkor 

            Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
            Pulau Pangkor memberi pelawat peluang untuk menginap di tempat penginapan berhampiran dengan perkampungan nelayan bagi membolehkan mereka memerhatikan cara hidup para nelayan sambil menikmati keindahan pantai atau memilih kemudahan penginapan  yang tersedia di situ.  
          Dua pantai yang popular di Pulau Pangkor iaitu pantai Pasir Bogak dan pantai Teluk Nipah menawarkan aktiviti-aktiviti seperti menyelam skuba, berenang snokel, bermain papan luncur air dan memancing kepada mereka yang gemarkan sinaran matahari dan lautan biru. 

            Pulau Pangkor Resort Chalet & Hotel


NIPAH WATERFRONT
Lokasi: Teluk Nipah, Pulau Pangkor / Pangkor Island                            
Sesuai untuk honeymoon/couple.
3 jenis bilik lengkap aircond, tv Astro dan bilik air


Jenis BilikIsnin - KhamisJumaat - Ahad
Cuti Sekolah
Cuti Umum

Sea View RM120 RM130 RM180

Side View RM100 RM120 RM150

Family RM160 RM180 RM250


PALMA BEACH RESORT



Lokasi: Teluk Nipah, Pulau Pangkor / Pangkor Island
Chalet standard lengkap dengan aircond, tv Astro dan bilik air.


Jenis BilikIsnin - KhamisJumaat - Ahad
Cuti Sekolah
Cuti Umum

Standard (2-3 orang)90105150

Deluxe  (3-4 orang)130150210


FLORA BEACH RESORT


 Lokasi: Teluk Nipah, Pulau Pangkor / Pangkor Island
Chalet standard lengkap dengan aircond, tv Astro dan bilik air.


Jenis BilikIsnin - KhamisJumaat - Ahad
Cuti Sekolah
Cuti Umum

Standard (2-3 orang)90105150

Deluxe  (3-4 orang)130150210

ZEK PINK CHALET


Lokasi: Teluk Nipah, Pulau Pangkor / Pangkor Island
Standard chalet lengkap dengan aircond, tv Astro dan bilik air.


Jenis BilikIsnin - KhamisJumaat - Ahad
Cuti Sekolah
Cuti Umum

Standard (2-3 orang)85100150

Family  (4-5 orang)130150210

PANGKOR BAY VIEW 


Lokasi: Teluk Nipah, Pulau Pangkor / Pangkor Island
Ciri-ciri istimewa: kolam renang, dewan.
Bilik lengkap dengan aircond, tv Astro dan bilik air (hot & cold shower)


Jenis BilikIsnin - KhamisJumaat - Ahad
Cuti Sekolah
Cuti Umum

Standard(2-3 orang)RM105RM125RM160

Deluxe (3-4 orang)RM130RM160RM220

Family (4-5 orang)RM150RM180RM240

5/14/2011

Biodata Diri

Nama Pelajar : Loh Lei Ping
No.Kad .Matrik : 26578
Kumpulan / Unit : KDPM-KDC 3 Ambilan November 2008
Mata Pelajar : PC/BM/PJK/KH
Nama Pensyarah : En.Ridza Ahmad Nizam B.Abd Raof
Email : joyce_loh85@yahoo.com